Jumaat, 14 Oktober 2011

KONGSI ARTIKEL 2

Tajuk artikel :

APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEMASA LATIHAN
MENGAJAR

Perlu diketahui juga bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam ini umumnya melibatkan beberapa
komponen yang dilihat bersesuaian dengan tema penggunaan ICT dalam P&P (Pengajaran dan
Pembelajaran). Oleh itu, guru dicadangkan supaya menggunakan komputer untuk memastikan
keberkesanan P&P Pendidikan Islam di samping dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Sebagai
langkah permulaan, latihan mengajar (LM) disediakan oleh pihak Fakulti Pendidikan, UTM yang
antara lain tujuannya ialah penguasaan ilmu yang dimiliki oleh setiap guru pelatih dapat dinilai, termasuk ilmu mengaplikasikan ICT. Peluang yang diberikan ini seharusnya digunakan dengan
sebaiknya oleh guru pelatih untuk mengharmonikan ilmu ICT dalam pengajaran mereka.

Sila ke alamat url berikut untuk artikel penuh :


1 Comment:

HafizahAsyrani said...

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih SPI mempunyai tahap kemahiran ICT yang tinggi,
di samping mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam P&P. Namun, terdapat
beberapa masalah yang timbul untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Oleh itu, beberapa
cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
kreatif.

saya tertarik dengan pernyataan ini, .sepertimana yang kita tahu terdapat perkembangan yang pesat dalam penggunaan ICT (al-quran elektornik, perisian bahasa arab dll)..mungkin uztaz boleh jelaskan dari segi pengalaman uztaz dalam melaksanakan ICT di tempat kerja uztaz..
hafizah